Sunday, August 21, 2016

Sesuatu

walau kau kejar berjuta batu namun andai Allah sudah tetapkan sesuatu itu bukan milik kau maka ia tetap bukan milik kau.
walau kau lari berjuta batu namun andai Allah sudah tetapkan sesuatu itu milik kau maka ia tetap milik kau.

Benar.
Ikhlas, redha dan sabar mudah disebut tapi sukar dihadam dengan sehebat dan seindah makna ikhlas redha dan sabar. tapi percayalah andai kita ikhlas, redha dan sabar maka kita akan nampak sinar bahagia. Allah Maha Mengetahui. Sentiasa yakin dengan perancangan terbaik Allah. Sentiasa bersangka baik denganNya. kerana apa? kerana kita tak tahu apa yang Allah tahu dan rancang untuk kita.
Indah, sungguh indah perancangan Allah.
Setiap ujianNya, setiap dugaanNya, setiap cabaranNya,
Dia hadirkan kekuatan, Dia hadirkan kebahagiaan, Dia hadirkan ketenangan.

Andai ujianNya mampu menguatkan kita
Andai ujianNya mampu mendekatkan kita denganNya
Andai ujianNya mampu membahagiakan kita dengan hikmah disebaliknya

Maka apa lagi yang harus kita pinta?

Jangan pernah berhenti berdoa. Doa Doa Doa. walau sekecil-kecil perkara. Doa. kerana itu rahsia kita dengan Allah, itu luahan kita dengan Allah. Allah dengar semua doa-doa kita walau kita minta sekecil manapun. Jangan pernah berhenti berdoa.
Moga kita tergolong dalam orang-orang yang sentiasa sabar. Amin.



No comments:

Post a Comment